Kamis, 22 Mei 2008

Taubat Palsu

Manusia tidak ada yang sempurna bebas dari dosa, kecuali nabi yang maksum (dijaga dari dosa).Ada dosa terang-terangan, dosa tersembunyi, dosa lahir dan dosa batin. Yang secara sadar maupun tidak telah kita perbuat. Kalau tidak dosa-dosa besar, kita terlibat dengan dosa-dosa kecil.

Alhamdulillah Allah memiliki sifat Arrahman dan Arrahim yang menerima taubat manusia. Allah pernah berseru irjiillaiyah (kembalilah pada Allah), dengan jiwa yang tenang, ini adalah tujuan kita. Apa cocok bila kita kembali membawa dosa???

Manusia sudah hidup di dunia dengan miliaran umat dari dahulu. Saya belum lama di ceritanan bahwa bangsa Yahudi terdahulu membunuh dirinya sebagai syarat untuk bertaubat dari dosa besar. Mereka keluar di malam yang gelap, di tempat yang sunyi dan menikam diri mereka hingga mati. Mati itulah syarat taubat mereka diterima Tuhan. Beratttt.....


Rasulullah benar sebagai rahmat alam ini dengan membawa syarat taubat yang lebih mudah:
* Just Menyesal.
* Just berhenti berbuat maksiat.
* Hanya berjanji tidak mengulangi.
* Bila dosa melibatkan orang lain, minta maaplah.
* Bila berhutang bayarlah.

Walaupun taubat itu mudah, di pintu taubat itulah iblis menunggu untuk menipu kita supaya taubat kita tidak diterima Tuhan. Dia selalu berusaha supaya taubat kita bukan sahaja tidak diterima Tuhan malahan akan menjauhkan lagi kita dengan Tuhan. Apabila kita bertaubat dengan penuh penyesalan, digalakkannya lagi dan didorong-dorongnya hingga kita terasa di hati kita yang dosa kita telah terhapus. Hingga kita terasa sudah tidak berdosa lagi. Hingga kita terasa diri sudah bersih dan suci dari dosa. Rasa tenang, rasa aman dan rasa selamat dengan taubat kita itu hingga hati kita berkata-kata:

Dah taubat, hilang beban,


Namun kita mnelakukan taubat dari satu dosa tetapi kita terjerumus dalam dosa lain yang lebih berat lagi.
Kerana rasa tidak berdosa itu adalah satu dosa.

Rasa diri bersih dan suci dari dosa itu satu mazmumah. Ini dosa batin namanya. Dosa hati. Dosa lahir tidak bahaya kerana mudah kita sedar dan kita tahu. Oleh itu tidak ada masalah untuk bertaubat. Tetapi dosa hati sangat halus dan tersembunyi. Jarang manusia sedar bila terbuat dosa hati. Jarang mereka bertaubat dari dosa-dosa batin ini. Akhirnya mereka mati membawa dosa-dosa tersebut tanpa bertaubat. Ini ghurur namanya. Ini tipuan syaitan.

0 komentar: